Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

Dari Taiping Ke Ipoh, Perak

27 dan 28 April 2019-  Siri jelajah masjid saya teruskan untuk dua hari sekitar Taiping, Perak hingga ke Ipoh dengan menyusuri jalan lama sejauh 67.3 KM. Kemudian saya meneruskan perjalanan balik ke Bandar Baru Bangi, Selangor menggunakan Lebuhraya Plus. Jalan Persekutuan yang saya gunakan dari Taiping ke Ipoh merupakan laluan yang digunakan oleh pemandu suatu masa dulu sebelum wujudnya Lebuhraya Plus. Saya pernah menggunakan laluan ini pada tahun 1980 dan 1989 ketika belum ada lebuhraya.  Jalan ini tidak asing lagi bagi pemandu yang gemar menggunakan jalan lama atau ketika musim perayaan kerana lebuhraya sesak.  Saya pasti, jika musim durian di Perak laluan ini akan terdapat gerai-gerai menjual raja buah ini. Laluan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh ini masih menjadi pilihan pengguna kenderaan kerana jalannya masih cantik. menariknya jika anda yang fobia dengan jalan berlaku dan bukit yang tinggi di kawasan Terowong Menora jalan ini adalah pilihan yang baik. Oleh kerana saya