Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2019

Topik Pilihan: Beduk Dan Masjid

Imej
Menjelang Hari Raya AidilFitri lirik lagu ini pasti menjadi dendangan di corong radio atau TV: Dengar beduk berbunyi Sayup bergema di subuh sunyi Memanggil kepada muslimin Segera berbakti kepada Ilahi Suara azan mengalun Terdengar sayup memecah sunyi Memohon restu dengan bakti Kepada Ilahi Tuhan maha suci Terdengar suara takbir Muji nama Ilahi Rasa dalam kalbu Tenteram dan aman selalu Kini tiba masanya hati gembira di hari raya Bertemu sanak dan saudara Bermaaf-maafan Dengan keikhlasan Terdengar… BEDUK merupakan satu alat yang amat penting bagi masjid. Beduk jika di Kedah disebut Gendang Raya digunakan sebagai alat kemunikasi penting suatu masa dulu sebelum terdapat corong pembesar suara (speker). Beduk akan berbunyi seawal pagi Jumaat untuk memberitahu bahawa pada hari itu ada solat Jumaat di masjid. Beduk juga akan berbunyi jika berlaku kematian di kampung tersebut atau kampung bersebelahan. Begitu juga petugas masjid yang berjawatan Siak akan mengetuk Beduk setiap kal

Topik Pilihan: Kolah Bagi Sebuah Masjid

Imej
Kebanyakkan masjid yang telah saya kunjungi untuk program Jelajah Masjid Dengan Fotografi terdapat binaan kolah (takungan air) untuk tujuan berwuduk. Terdapat masjid yang menyediakan kolah yang agak besar seperti di Masjid Keling, Melaka Tengah ini. Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tanjong. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang Cina. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh  penduduk daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga). Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka. (sumber Wikipedia:   https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kampu