Topik Pilihan: Beduk Dan Masjid


Menjelang Hari Raya AidilFitri lirik lagu ini pasti menjadi dendangan di corong radio atau TV:
Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Ilahi
Suara azan mengalun
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Ilahi Tuhan maha suci
Terdengar suara takbir
Muji nama Ilahi
Rasa dalam kalbu
Tenteram dan aman selalu
Kini tiba masanya hati gembira di hari raya
Bertemu sanak dan saudara
Bermaaf-maafan
Dengan keikhlasan
Terdengar…

BEDUK merupakan satu alat yang amat penting bagi masjid. Beduk jika di Kedah disebut Gendang Raya digunakan sebagai alat kemunikasi penting suatu masa dulu sebelum terdapat corong pembesar suara (speker).
Beduk akan berbunyi seawal pagi Jumaat untuk memberitahu bahawa pada hari itu ada solat Jumaat di masjid. Beduk juga akan berbunyi jika berlaku kematian di kampung tersebut atau kampung bersebelahan.
Begitu juga petugas masjid yang berjawatan Siak akan mengetuk Beduk setiap kali masuk waktu solat lima waktu.
Beduk dibuat dari kayu yang bermutu dan kuat dengan disaluti kulit lembu atau kerbau. Bahagian kulit haiwan ini akan diketuk dan akan berbunyi yang boleh didengar sejauh 3 kilometer.
Bunyi Beduk akan menjadi indentiti masjid tersebut. Malah, untuk beberapa peristiwa akan diketuk cara yang berbeza. Beduk akan diketuk berulang kali jika hari Jumaat sehinggalah masuk waktu solat Jumaat. Terdapat juga Beduk yang hanya dibuat tanpa menggunakan kulit lembu atau kerbau. Hanya kayu yang ditebuk lobang.
Sebenarnya Beduk banyak membantu penduduk kampung ketika zaman Perang Dunia Kedua, ketika zaman komunis yang mana akan diketuk ketika kampung diserang.

Penulis menemui sebuah Beduk di Masjid Guar Cempedak, Kedah berusia 104 tahun yang terdapat kesan tembakan meriam pada tahun 1941 ketika serangan tentera Jepun.
Warisan lama ini semakin tiada dengan wujudnya teknoogi yang canggih namun ia masih menjadi hiasan dibeberapa masjid lama. Jangan terasa gerun jika sesekali Beduk berbunyi mungkin waktu itu pembesar suara tidak berfungsi!




Beduk (Tabuh) di Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning, Melaka


RaaiMan.
22 Ramadan 1440 | 27 Mei 2019,

Teras Jenang, Bandar Baru Bangi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Topik Pilihan: Menara Masjid

Topik Pilihan: Mimbar Masjid

Topik Pilihan: Tabung Masjid