Jelajah Masjid Dengan Fotografi

Alhamdulillah saya telah memulakan projek persendirian meneroka masjid-masjid di seluruh Malaysia. Projek ini sempena hampir setahun saya bersara.

Masjid adalah tempat beribadat umat Islam. Masjid juga menjadi tempat apa juga kegiatan agama dan kemasyarakatan. Jika di Tanah Suci Mekah dan Madinah ada masjid yang agong iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi, Masjid Qubah. Manakala Masjid Baitumaqdis adalah salah satu masjid yang agong.
Imam al-Nawawi mengatakan bahawa kelebihan solat di masjid al-Nabawi melebihi solat di masjid lain dengan seribu kali solat ganjaran yang diberikan melainkan solat di masjid al-Haram kerana ia melebihi seribu solat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 163/9]
Di samping itu juga, kita dituntut untuk tidak menyusahkan diri dalam bermusafir melainkan pada tiga buah masjid sahaja iaitu masjid al-Haram, masjid al-Nabawi dan juga masjid al-Aqsa berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari (1189)] - Petikan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Saya mengambil kira ada masjid-masjid di negara kita dibangunkan oleh ulama para guru yang agong. Justeru dengan usaha saya yang amat kecil ini memungkinkan kita mencintai masjid.
Menurut statistik terkini (15 Syawal 1440/19 Jun 2019) yang dikeluarkan oleh JAKIM, terdapat Masjid: 6347,Surau: 18,305
Jadikan masjid tempat kita berjemaah dan bukan haya diperlukan ketika ada pernikahan atau kematian sahaja.
Jika kita inginkan pahala wakaf dinikmati diakhirat kelak berwakaflah kepada tabung-tabung wakaf yang ada di mana-mana masjid.
Doakan usaha kecil saya berjaya sebelum sampai akhir hayat. Jika tidak kesampaian saya berharap ia akan disambung oleh hamba Allah lain yang diberikan rahmat-Nya.


EDISI YANG SERING DIKEMASKINI

Rabu, 19 Jun 2019

Topik Pilihan: Menara Masjid

Setiap masjid akan dibina menara. Menara ini lebih tinggi dari bangunan masjid. Tinggi menara biasanya melebihi bangunan masjid mahupun kubahnya.

Jika zaman dahulu sebelum wujud teknologi pembesar suara, menara masjid berperanan menjadi tempat Muazim melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Namun setelah wujud pembesar suara, menara masjid menjadi tempat letaknya pembesar suara.

Menara juga menjadi tanda di mana wujudnya masjid. Dengan ketinggian yang sesuai menara boleh dilihat dari jauh dan memudahkan musafir mengetahui terdapatnya sebuah masjid.

Pada sesetengah masjid lama seperti Masjid Agung Damsyik, menara masjid asalnya digunakan sebagai menara pemerhati yang diterangi (rumah api) (sumber: wikipedia)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah

Jangan biarkan ruang masjid kosong. Solat berjemaah adalah fardu kifayah boleh dilakukan di mana sahaja. Namun ia lebih afdal jika dila...