Jelajah Masjid Dengan Fotografi

Alhamdulillah saya telah memulakan projek persendirian meneroka masjid-masjid di seluruh Malaysia. Projek ini sempena hampir setahun saya bersara.

Masjid adalah tempat beribadat umat Islam. Masjid juga menjadi tempat apa juga kegiatan agama dan kemasyarakatan. Jika di Tanah Suci Mekah dan Madinah ada masjid yang agong iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi, Masjid Qubah. Manakala Masjid Baitumaqdis adalah salah satu masjid yang agong.
Imam al-Nawawi mengatakan bahawa kelebihan solat di masjid al-Nabawi melebihi solat di masjid lain dengan seribu kali solat ganjaran yang diberikan melainkan solat di masjid al-Haram kerana ia melebihi seribu solat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 163/9]
Di samping itu juga, kita dituntut untuk tidak menyusahkan diri dalam bermusafir melainkan pada tiga buah masjid sahaja iaitu masjid al-Haram, masjid al-Nabawi dan juga masjid al-Aqsa berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari (1189)] - Petikan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Saya mengambil kira ada masjid-masjid di negara kita dibangunkan oleh ulama para guru yang agong. Justeru dengan usaha saya yang amat kecil ini memungkinkan kita mencintai masjid.
Menurut statistik terkini (15 Syawal 1440/19 Jun 2019) yang dikeluarkan oleh JAKIM, terdapat Masjid: 6347,Surau: 18,305
Jadikan masjid tempat kita berjemaah dan bukan haya diperlukan ketika ada pernikahan atau kematian sahaja.
Jika kita inginkan pahala wakaf dinikmati diakhirat kelak berwakaflah kepada tabung-tabung wakaf yang ada di mana-mana masjid.
Doakan usaha kecil saya berjaya sebelum sampai akhir hayat. Jika tidak kesampaian saya berharap ia akan disambung oleh hamba Allah lain yang diberikan rahmat-Nya.


EDISI YANG SERING DIKEMASKINI

Selasa, 1 Oktober 2019

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah

Jangan biarkan ruang masjid kosong.
Solat berjemaah adalah fardu kifayah boleh dilakukan di mana sahaja. Namun ia lebih afdal jika dilakukan di masjid, surau, tanah lapang. Di negara kita masjid dan surau begitu banyak telah didirikan. Setiap 3 atau 5 kilometer pasti akan ada masjid. Justeru tidak timbul masalah mencari masjid. 

Pahala mendirikan solat berjemaah lebih baik dari bersendirian. 


Malahan kawasan rehat dan rawat lebuhraya (RnR) pasti ada surau. Begitu juga jika di stesen-stesen minyak pasti akan ada surau, terutamanya yang dimilik oleh orang Islam. 

Oleh kerana penulisan saya tertumpu pada masjid, maka masjid adalah lebih afdal untuk didirikan solat berjemaah dan masjid juga diikhtiraf oleh jabatan agama Islam untuk mendirikan solat Jumaat. Namun ada di beberapa bandar surau diangkat menjadi lokasi solat Jumaat oleh jabatan agama Islam. Misalnya di Bandar Baru Bangi, Selangor terdapat begitu banyak surau dijadikan tempat bersolat Jumaat.

Sebagai jemaah, kita perlu faham susunan makmum apabila hendak mendirikan solat berjemaah. Berdasarkan sebuah hadis mafhumnya: "Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan perempuan di belakang kanak-kanak" (Riwayat Muslim).

Maka berikut adalah susunan makmum selepas Imam: 


  1. Imam
  2. Makmum lelaki dewasa
  3. Kanak-kanak lelaki
  4. Kanak-kanak perempuan
  5. Perempaun dewasa
Berdasarkan susunan ini maka adalah diharapkan para jemaah akan faham untuk meletakkan saf bagi kanak-kanak. Kerana membawa kanak-kanak ke masjid untuk belajar bersolat berjemaah adalah baik. Namun para jemaah perlu faham mengawal anak-anak agar tidak berlari-lari atau membuat bising ketika jemaah dewasa bersolat.

Begitu orang perempuan hanya sunat dan tidak muakkat bersolat berjemaah di masjid namun jika bermusafir, masjid adalah lokasi paling baik untuk menunaikan solat.

Solat wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih aman dan lebih afdal baginya, berdasarkan hadis Abdullah bin Mas'ud r.a.. Bahawa Nabi s.a.w. bersabda "Solat wanita dalam rumahnya lebih afdal dari solatnya didalam hujranya dan solatnya di bilik tidurnya lebih afdal dari solatnya dalam rumahnya".

Perbincangan solat berjemaah ini begitu panjang yang melibatkan aspek bersuci, adap ketika berjemaah, bacaan yang perlu dibaca, solat sunat maka penulis mencadangkan untuk pembaca yang belum mahir sila rujuk dengan ustaz yang bertauliah dan buku-buku yang diiktiraf. 

Amat rugi jika pahala menunaikan solet berjemaah ini tidak direbut oleh mana-mana orang Islam.


Rujukan:  Buku Indahnya Hidup Bersyariat, oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Ab. Hamid. 
Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie- oleh Muhammad Zuhaili dan Ahmad Suhaimi Karim.

Jumaat, 28 Jun 2019

Panduan Ringkas: Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Ketika masuk ke masjid hendaklah kita menunai dua rakaat Solat Tahiyatul Masjid. Solat sunat hendaklah dilakukan di mana-mana masjid yang kita masuk kecuali Masjidil Haram. Jika di Masjidil Haram ia hendaklah dilakukan Tawaf.

Sabda Nabi SAW, "Apabila seseorang dari kamu masuk ke masjid maka jangan duduk sehingga solat dua rakaat" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Solat Sunat Tahiyatul Masjid ini tidak boleh dilakukan jika ketika kita masuk masjid Iqamah telah dikunmandangkan oleh Bilal. Maka kita hendaklah terus menunaikan solat fardu.

Solat Tahiyatul Masjid ini boleh dilakukan walaupun pada waktu terlarang kerana kita bersolat bersebab (masuk ke masjid).

Rujukan:  Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie- oleh Muhammad Zuhaili dan Ahmad Suhaimi Karim.

Topik Pilihan: Solat Berjemaah

Umum telah mengetahui solat berjemaah dilakukan di masjid atau surau. Solat berjemaah boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada Imam dan seorang Makmum. Solat beramai-ramai adalah lebih baik dan afdal daripada solat dengan jemaah yang sedikit. Oleh itu ia membawa maksud hendaklah dilakukan di masjid atau surau.

Sebahagian ulama mengatakan hukum solat berjemaah Fardu ain manakala sebahagian yang lain pula mengatakan Fardu kifayah. Di samping itu ada setengahnya pula berpendapat Sunat muakkad dan inilah pendapat Imam Syafi'i r.a. 

Sabda Nabi SAW, Maksudnya " Solat berjemaah itu lebih afdal (bagus) daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjah (pangkat)- Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
(petikan ms 114 Buku Indahnya HIDUP Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid) Dapatkan buku ini dipasaran untuk bacaan anda dan keluarga.

Oleh itu peranan masjid amat besar dalam menyatukan jemaah dalam satu-satu khariah untuk menentukan mereka dapat menghidupkan solat berjemaah. Apabila solat berjemaah dapat dilaksanakan maka umat Islam akan lebih merasakan tanggungjawab terhadap masyarakat akan lebih diutamakan.

Lihat sahaja di mana-mana masjid yang mampu menghimpunkan jemaahnya akan menjadikan suasana masyarakat yang harmoni. Disamping itu akan dapat mengubat beberapa penyakit sosial agar tidak menjadi parah. 

Ayah sebagai ketua keluarga hendaklah menjadi pemimpin dalam usaha mengajak anak-anak ke masjid terutamanya anak lelaki. Terdapat banyak masjid yang menyediakan ruang yang selesa untuk wanita dan anak perempuan melaksanakan solat berjemaah.

Lihat sahaja apabila datangnya bulan Ramadan masjid dan surau mampu 'mengarahkan' umat Islam berkumpul bagi bersolat secara jemaah pada waktu Maghrib, Isyak dan seterusnya melaksanakan solat sunat Tarawikh. Malah ada masjid dan surau mampu mengekalkan jumlah jemaah sehingga hari terakhir Ramadan. 

Insha Allah jika semangat mengimarahkan masjid ini diteruskan umat Islam akan bangkit dengan semangat yang kuat dalam mempertahankan keagongan agama Islam yang tercinta. 


Khamis, 27 Jun 2019

Topik Pilihan: Tabung Masjid

Tabung Masjid merupakan satu elemen yang menarik untuk difokus pada kali ini. Tabung Masjid berperanan mengutip dana bagi mengisi peruntukan kewangan masjid. 

Terdapat dua cara tabung ini berfungsi. Satu ialah tabung yang diaktifkan ketika hari Jumaat dan hari raya. Manakala ada tabung yang statik di mana jemaah boleh menyumbang pada bila-bila masa yang diingini. 

Pada lazimnya tabung yang bergerak pada hari Jumaat lebih banyak mendapat sumbangan kerana ia bergantung pada jumlah jemaah yang hadir dan juga bergantung di mana lokasi masjid itu berada. Seandainya masjid tersebut berada di kawasan elit dan berpendapatan tinggi, maka jumpa pungutan akan mencecah ribuan ringgit.

Menderma, bersedekah mengikut kemampuan. Itu adalah slogan yang sering disebut orang. Malah, jika sumbangan itu ikhlas maka pahala akan berlipat ganda akan diberikan oleh Allah. Walaupun RM1.00 tetapi sumbangan itu adalah bersifat ikhlas maka ganjarannya akan dilipat gandakan oleh Allah.

Sumbangan para jemaah masjid atau surau mampu menjana ekonomi setempat. Misalnya ada masjid yang mewujudkan dana untuk membantu fakir miskin dengan menyumbang bahan-bahan makanan. Selain wang zakat dan fitrah, wang tabung masjid mampu mengorak langkah membangunkan masjid.

Kita ada tabung runcit, tabung wakaf dan sebagainya. Ahli jemaah setempat boleh memilih mana-mana tabung untuk infak pahala yang akan diperolehi hasilnya di hari akhirat.

Tidak dapat dinafikan orang Islam yang faham erti dan faedah bersedekah mereka akan mengorbankan harta benda tanpa banyak soal. Malah ada orang-rang tertentu yang akan menggunakan wang mereka untuk membayar bil air, letrik dan sebagainya demi memperolehi pahala. 

"Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, ‘Ya Tuhanku, kurniakanlah? Ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah’. Yang satu lagi menyeru, ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya’.”
Memberi sedekah tidak akan membuat kita miskin dan sengsara, dengan sedekah akan banyak memberikan keuntungan. "

Namun tidak dapat dinafikan terdapat beberapa jenayah berlaku yang berkaitan dengan Tabung Masjid. Kejadian merompak, mencuri wang dari tabung ini sering berlaku. Penjenayah mungkin tahu wang banyak di dalam tabung-tabung ini justeru mereka mengambil kesempatan dari kelebihan ini. 

Ekoran dari kejadian ini pihak pengurusan masjid dan surau telah mengambil inisiatif mengeluarkan semua wang ini mengikut jadual tertentu. Cara begini sudah tentu akan menghampakan perasaan penjenayah. Lagi pun kebanyakkan masjid dan surau telah diletakkan CCTV oleh itu kerja-kerja jenayah yang dilakukan pada tabung masjid sudah tentu akan dapat dikesan dengan mudah.

Harus diingat penjenayah tidak akan selamat kerana wang diambil adalah wang orang ramai.

Namun begitu usaha harus dibuat oleh pengurusan masjid agar wang-wang tabung ini perlu digunakan demi faedah bersama dan keselesaan para jemaah dalam khariah mereka.

Ahad, 23 Jun 2019

Topik Pilihan: Mihrab Di Dalam Masjid

Kebanyakkan masjid mempunyai satu sudut di harapan yang dikenali sebagai Mihrab. Berbentu ke dalam yang mana terletak di bahagian hadapan dan dalam keadaan tengah.


Mihrab merupakan tempat di mana akan letakkan tempat Imam berdiri untuk memimpin solat fardu dan solat di hari raya.

Mihrab (dalam bahasa Parsi مهراب atau محراب, dalam bahasa Arab ألمحراب pl. محاريب), adalah sebuah ceruk di dinding sebuah Masjid yang menunjukkan Kiblat, iaitu arah Kaabah dimana orang Islam harus menghadapnya sewaktu bersolat. Dinding itu digelar dinding kiblat. Mihrab memberikan tanggapan sebuah pintu atau jalan ke Makkah. Ia berbeza dalam saiz tetapi biasanya dihias penuh. Mihrab pertama wujud pada era pemerintahan khalifah Umayyad al-Walid I (705715). (Wikipedia). 



Rabu, 19 Jun 2019

Topik Pilihan: Menara Masjid

Setiap masjid akan dibina menara. Menara ini lebih tinggi dari bangunan masjid. Tinggi menara biasanya melebihi bangunan masjid mahupun kubahnya.

Jika zaman dahulu sebelum wujud teknologi pembesar suara, menara masjid berperanan menjadi tempat Muazim melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Namun setelah wujud pembesar suara, menara masjid menjadi tempat letaknya pembesar suara.

Menara juga menjadi tanda di mana wujudnya masjid. Dengan ketinggian yang sesuai menara boleh dilihat dari jauh dan memudahkan musafir mengetahui terdapatnya sebuah masjid.

Pada sesetengah masjid lama seperti Masjid Agung Damsyik, menara masjid asalnya digunakan sebagai menara pemerhati yang diterangi (rumah api) (sumber: wikipedia)


Sabtu, 15 Jun 2019

Topik Pilihan: Mimbar Masjid

Mimbar atau minbar (Bahasa Arab: منبر‎) adalah platform di dalam masjid di mana Imam atau Khatib (ketua solat) berdiri untuk memberi khutbah Jumaat. dan juga khutbah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Mimbar yang tinggi membolehkan imam melihat jemaah yang ramai.

Mimbar selalunya berbentuk seperti menara dan di atasnya berkubah ataupun berbentuk piramid. Mimbar selalunya berhias dan unik walaupun mimbar zaman dahulu hanya mempunyai tangga dan tempat berdiri. Mimbar terletak di tepi mihrab, dan kedudukannya menghadap arah kiblat (Makkah).



Sesetengah mimbar pula dibina ke dalam dinding masjid. Ini membenarkan lebih banyak ruang untuk para jemaah. (sumber: ms.wikipedia.org/wiki/Mimbar)

Mimbar tidak digunakan sepanjang masa kerana adalah tempat khas untuk membaca khutbah. Justeru mimbar menjadi tempat paling istimewa di dalam masjid.

Khatib (Imam) yang membaca khutbah biasanya akan memegang sebatang tongkat.

Ulama berbeda pendapat tentang hukum menggunakan tongkat ketika berkhutbah. Sebahagian menganjurkan, dan sebagian menilainya makruh. Itu artinya, perbedaan dalam masalah tongkat ketika khutbah adalah perbedaan ijtihadi. Sehingga penting bagi kita untuk mengedepankan sikap saling menghargai, dan tidak menyudutkan.

Sebelumnya kita akan sebutkan hadis yang tentang penggunaan tongkat ketika khutbah,

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah

Jangan biarkan ruang masjid kosong. Solat berjemaah adalah fardu kifayah boleh dilakukan di mana sahaja. Namun ia lebih afdal jika dila...