Topik Pilihan: Solat Berjemaah

Umum telah mengetahui solat berjemaah dilakukan di masjid atau surau. Solat berjemaah boleh dilakukan di mana sahaja asalkan ada Imam dan seorang Makmum. Solat beramai-ramai adalah lebih baik dan afdal daripada solat dengan jemaah yang sedikit. Oleh itu ia membawa maksud hendaklah dilakukan di masjid atau surau.

Sebahagian ulama mengatakan hukum solat berjemaah Fardu ain manakala sebahagian yang lain pula mengatakan Fardu kifayah. Di samping itu ada setengahnya pula berpendapat Sunat muakkad dan inilah pendapat Imam Syafi'i r.a. 

Sabda Nabi SAW, Maksudnya " Solat berjemaah itu lebih afdal (bagus) daripada solat berseorangan dengan kadar 27 darjah (pangkat)- Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
(petikan ms 114 Buku Indahnya HIDUP Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid) Dapatkan buku ini dipasaran untuk bacaan anda dan keluarga.

Oleh itu peranan masjid amat besar dalam menyatukan jemaah dalam satu-satu khariah untuk menentukan mereka dapat menghidupkan solat berjemaah. Apabila solat berjemaah dapat dilaksanakan maka umat Islam akan lebih merasakan tanggungjawab terhadap masyarakat akan lebih diutamakan.

Lihat sahaja di mana-mana masjid yang mampu menghimpunkan jemaahnya akan menjadikan suasana masyarakat yang harmoni. Disamping itu akan dapat mengubat beberapa penyakit sosial agar tidak menjadi parah. 

Ayah sebagai ketua keluarga hendaklah menjadi pemimpin dalam usaha mengajak anak-anak ke masjid terutamanya anak lelaki. Terdapat banyak masjid yang menyediakan ruang yang selesa untuk wanita dan anak perempuan melaksanakan solat berjemaah.

Lihat sahaja apabila datangnya bulan Ramadan masjid dan surau mampu 'mengarahkan' umat Islam berkumpul bagi bersolat secara jemaah pada waktu Maghrib, Isyak dan seterusnya melaksanakan solat sunat Tarawikh. Malah ada masjid dan surau mampu mengekalkan jumlah jemaah sehingga hari terakhir Ramadan. 

Insha Allah jika semangat mengimarahkan masjid ini diteruskan umat Islam akan bangkit dengan semangat yang kuat dalam mempertahankan keagongan agama Islam yang tercinta. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelajah Sekitar Mersing, Johor

Dari Taiping Ke Ipoh, Perak

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah