Jelajah Masjid Dengan Fotografi

Alhamdulillah saya telah memulakan projek persendirian meneroka masjid-masjid di seluruh Malaysia. Projek ini sempena hampir setahun saya bersara.

Masjid adalah tempat beribadat umat Islam. Masjid juga menjadi tempat apa juga kegiatan agama dan kemasyarakatan. Jika di Tanah Suci Mekah dan Madinah ada masjid yang agong iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi, Masjid Qubah. Manakala Masjid Baitumaqdis adalah salah satu masjid yang agong.
Imam al-Nawawi mengatakan bahawa kelebihan solat di masjid al-Nabawi melebihi solat di masjid lain dengan seribu kali solat ganjaran yang diberikan melainkan solat di masjid al-Haram kerana ia melebihi seribu solat sebagaimana yang dijelaskan di dalam hadith. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 163/9]
Di samping itu juga, kita dituntut untuk tidak menyusahkan diri dalam bermusafir melainkan pada tiga buah masjid sahaja iaitu masjid al-Haram, masjid al-Nabawi dan juga masjid al-Aqsa berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلاَثَةِ مَسَاجِدَ: المَسْجِدِ الحَرَامِ، وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَمَسْجِدِ الأَقْصَى
Maksudnya: “Janganlah kamu bersusah payah mengembara (atau bermusafir bagi tujuan ibadah) melainkan pada tiga buah masjid iaitu masjid al-Haram, masjid Rasulullah SAW dan juga masjid al-Aqsa”. [Riwayat al-Bukhari (1189)] - Petikan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Saya mengambil kira ada masjid-masjid di negara kita dibangunkan oleh ulama para guru yang agong. Justeru dengan usaha saya yang amat kecil ini memungkinkan kita mencintai masjid.
Menurut statistik terkini (15 Syawal 1440/19 Jun 2019) yang dikeluarkan oleh JAKIM, terdapat Masjid: 6347,Surau: 18,305
Jadikan masjid tempat kita berjemaah dan bukan haya diperlukan ketika ada pernikahan atau kematian sahaja.
Jika kita inginkan pahala wakaf dinikmati diakhirat kelak berwakaflah kepada tabung-tabung wakaf yang ada di mana-mana masjid.
Doakan usaha kecil saya berjaya sebelum sampai akhir hayat. Jika tidak kesampaian saya berharap ia akan disambung oleh hamba Allah lain yang diberikan rahmat-Nya.


EDISI YANG SERING DIKEMASKINI

Selasa, 1 Oktober 2019

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah

Jangan biarkan ruang masjid kosong.
Solat berjemaah adalah fardu kifayah boleh dilakukan di mana sahaja. Namun ia lebih afdal jika dilakukan di masjid, surau, tanah lapang. Di negara kita masjid dan surau begitu banyak telah didirikan. Setiap 3 atau 5 kilometer pasti akan ada masjid. Justeru tidak timbul masalah mencari masjid. 

Pahala mendirikan solat berjemaah lebih baik dari bersendirian. 


Malahan kawasan rehat dan rawat lebuhraya (RnR) pasti ada surau. Begitu juga jika di stesen-stesen minyak pasti akan ada surau, terutamanya yang dimilik oleh orang Islam. 

Oleh kerana penulisan saya tertumpu pada masjid, maka masjid adalah lebih afdal untuk didirikan solat berjemaah dan masjid juga diikhtiraf oleh jabatan agama Islam untuk mendirikan solat Jumaat. Namun ada di beberapa bandar surau diangkat menjadi lokasi solat Jumaat oleh jabatan agama Islam. Misalnya di Bandar Baru Bangi, Selangor terdapat begitu banyak surau dijadikan tempat bersolat Jumaat.

Sebagai jemaah, kita perlu faham susunan makmum apabila hendak mendirikan solat berjemaah. Berdasarkan sebuah hadis mafhumnya: "Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan perempuan di belakang kanak-kanak" (Riwayat Muslim).

Maka berikut adalah susunan makmum selepas Imam: 


  1. Imam
  2. Makmum lelaki dewasa
  3. Kanak-kanak lelaki
  4. Kanak-kanak perempuan
  5. Perempaun dewasa
Berdasarkan susunan ini maka adalah diharapkan para jemaah akan faham untuk meletakkan saf bagi kanak-kanak. Kerana membawa kanak-kanak ke masjid untuk belajar bersolat berjemaah adalah baik. Namun para jemaah perlu faham mengawal anak-anak agar tidak berlari-lari atau membuat bising ketika jemaah dewasa bersolat.

Begitu orang perempuan hanya sunat dan tidak muakkat bersolat berjemaah di masjid namun jika bermusafir, masjid adalah lokasi paling baik untuk menunaikan solat.

Solat wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih aman dan lebih afdal baginya, berdasarkan hadis Abdullah bin Mas'ud r.a.. Bahawa Nabi s.a.w. bersabda "Solat wanita dalam rumahnya lebih afdal dari solatnya didalam hujranya dan solatnya di bilik tidurnya lebih afdal dari solatnya dalam rumahnya".

Perbincangan solat berjemaah ini begitu panjang yang melibatkan aspek bersuci, adap ketika berjemaah, bacaan yang perlu dibaca, solat sunat maka penulis mencadangkan untuk pembaca yang belum mahir sila rujuk dengan ustaz yang bertauliah dan buku-buku yang diiktiraf. 

Amat rugi jika pahala menunaikan solet berjemaah ini tidak direbut oleh mana-mana orang Islam.


Rujukan:  Buku Indahnya Hidup Bersyariat, oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Ab. Hamid. 
Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie- oleh Muhammad Zuhaili dan Ahmad Suhaimi Karim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah

Jangan biarkan ruang masjid kosong. Solat berjemaah adalah fardu kifayah boleh dilakukan di mana sahaja. Namun ia lebih afdal jika dila...