Panduan Ringkas: Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Ketika masuk ke masjid hendaklah kita menunai dua rakaat Solat Tahiyatul Masjid. Solat sunat hendaklah dilakukan di mana-mana masjid yang kita masuk kecuali Masjidil Haram. Jika di Masjidil Haram ia hendaklah dilakukan Tawaf.
Sabda Nabi SAW, "Apabila seseorang dari kamu masuk ke masjid maka jangan duduk sehingga solat dua rakaat" Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Solat Sunat Tahiyatul Masjid ini tidak boleh dilakukan jika ketika kita masuk masjid Iqamah telah dikunmandangkan oleh Bilal. Maka kita hendaklah terus menunaikan solat fardu.
Solat Tahiyatul Masjid ini boleh dilakukan walaupun pada waktu terlarang kerana kita bersolat bersebab (masuk ke masjid).
Rujukan: Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie- oleh Muhammad Zuhaili dan Ahmad Suhaimi Karim.

Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih