Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Beberapa Kesukaran

25 Mac 2019- Jelajah masjid dengan fotografi ini bukanlah satu perkara mudah. Setakat hari ini saya banyak bergerak sekitar Johor kerana di sana mempunyai ramai saudara mara sebelah isteri dan saya. Justeru peluang berjalan ini dapatlah saya dan isteri menziarahi meraka.  Untuk mencari masjid bukan satu perkara yang sukar kerana kebanyakkan tempat terdapat papan tanda di tepi jalan.  Cuma, saya harus bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dalam 3 atau 5 kilometer. Masjid tidak boleh berada terlalu dekat kecuali jika tempat itu padat dengan penduduk. Misalnya masjid di Muar antara Masjid  Sultan Ibrahim  dan Masjid Sultan Ismail walaupun nampak dekat tetapi saya harus menyeberang Sungai Muar dengan naik jambatan. Oleh itu tetap memakan masa dan tenaga.

Jelajah Sekitar Mersing, Johor

24 Mac 2019  | Syukur Alhamdulillah saya telah selamat sampai rumah jam 3.45 pagi tadi setelah memandu dari jam 12 tengahari dari Tanjung Resang. Singgah di beberapa lokasi termasuk rumah kakak (kali kedua. Kali pertama pada 23 Mac) yang sudah berusia lebih 75 tahun. Seperti biasa ketika nak berpisah air matanya akan menitis, maklumlah usia kita Allah tentukan! Setelah tidur dalam kereta di RnR, setelah makan  dan minum di RnR makan saya tahu  Acik Mah  pun letih dan rakan kami Cik Alza pun letih sepanjang ratusan kilometer dia adalah pengiring yang setia 🤗 Misi saya untuk memberitahu bahawa masjid itu penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Banyak masjid yang meriah dengan jemaahnya. Ada masjid yang kurang terurus. Ada masjid yang ditutup pintu pagar mungkin kerana faktor keselamatan. Ada pegawai masjid yang melayan dengan mesra.   Izinkan saya berehat untuk seketika, misi jelajah masjid bersama fotografi akan diteruskan. Andai usia saya tiada lagi sdra/i aka