Jelajah Sekitar Mersing, Johor

24 Mac 2019 | Syukur Alhamdulillah saya telah selamat sampai rumah jam 3.45 pagi tadi setelah memandu dari jam 12 tengahari dari Tanjung Resang. Singgah di beberapa lokasi termasuk rumah kakak (kali kedua. Kali pertama pada 23 Mac) yang sudah berusia lebih 75 tahun. Seperti biasa ketika nak berpisah air matanya akan menitis, maklumlah usia kita Allah tentukan! Setelah tidur dalam kereta di RnR, setelah makan dan minum di RnR makan saya tahu Acik Mah pun letih dan rakan kami Cik Alza pun letih sepanjang ratusan kilometer dia adalah pengiring yang setia🤗


Misi saya untuk memberitahu bahawa masjid itu penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Banyak masjid yang meriah dengan jemaahnya. Ada masjid yang kurang terurus. Ada masjid yang ditutup pintu pagar mungkin kerana faktor keselamatan. Ada pegawai masjid yang melayan dengan mesra. 

Izinkan saya berehat untuk seketika, misi jelajah masjid bersama fotografi akan diteruskan. Andai usia saya tiada lagi sdra/i akan tahu kenapa usaha ini dilakukan. Andai berminat jom.....tapi perbelanjaan tanggung sendiri. Jika ada rezeki sewaktu kehausan di masjid ada tersedia air mesin bertapis percuma. Ada yang diwakafkan oleh orang lain. Apa perlu kita takut dengan masjid? Yang pasti orang bukan Islam pun ada yang suka, katanya dapat membangunkan dia waktu pagi ketika orang Islam pergi bersolat Subuh. Kuatkan jemaah kita bersama masjid.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dari Taiping Ke Ipoh, Perak

Beberapa Kesukaran