Topik Pilihan: Tabung Masjid

Tabung Masjid merupakan satu elemen yang menarik untuk difokus pada kali ini. Tabung Masjid berperanan mengutip dana bagi mengisi peruntukan kewangan masjid. 

Terdapat dua cara tabung ini berfungsi. Satu ialah tabung yang diaktifkan ketika hari Jumaat dan hari raya. Manakala ada tabung yang statik di mana jemaah boleh menyumbang pada bila-bila masa yang diingini. 

Pada lazimnya tabung yang bergerak pada hari Jumaat lebih banyak mendapat sumbangan kerana ia bergantung pada jumlah jemaah yang hadir dan juga bergantung di mana lokasi masjid itu berada. Seandainya masjid tersebut berada di kawasan elit dan berpendapatan tinggi, maka jumpa pungutan akan mencecah ribuan ringgit.

Menderma, bersedekah mengikut kemampuan. Itu adalah slogan yang sering disebut orang. Malah, jika sumbangan itu ikhlas maka pahala akan berlipat ganda akan diberikan oleh Allah. Walaupun RM1.00 tetapi sumbangan itu adalah bersifat ikhlas maka ganjarannya akan dilipat gandakan oleh Allah.

Sumbangan para jemaah masjid atau surau mampu menjana ekonomi setempat. Misalnya ada masjid yang mewujudkan dana untuk membantu fakir miskin dengan menyumbang bahan-bahan makanan. Selain wang zakat dan fitrah, wang tabung masjid mampu mengorak langkah membangunkan masjid.

Kita ada tabung runcit, tabung wakaf dan sebagainya. Ahli jemaah setempat boleh memilih mana-mana tabung untuk infak pahala yang akan diperolehi hasilnya di hari akhirat.

Tidak dapat dinafikan orang Islam yang faham erti dan faedah bersedekah mereka akan mengorbankan harta benda tanpa banyak soal. Malah ada orang-rang tertentu yang akan menggunakan wang mereka untuk membayar bil air, letrik dan sebagainya demi memperolehi pahala. 

"Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, ‘Ya Tuhanku, kurniakanlah? Ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah’. Yang satu lagi menyeru, ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya’.”
Memberi sedekah tidak akan membuat kita miskin dan sengsara, dengan sedekah akan banyak memberikan keuntungan. "

Namun tidak dapat dinafikan terdapat beberapa jenayah berlaku yang berkaitan dengan Tabung Masjid. Kejadian merompak, mencuri wang dari tabung ini sering berlaku. Penjenayah mungkin tahu wang banyak di dalam tabung-tabung ini justeru mereka mengambil kesempatan dari kelebihan ini. 

Ekoran dari kejadian ini pihak pengurusan masjid dan surau telah mengambil inisiatif mengeluarkan semua wang ini mengikut jadual tertentu. Cara begini sudah tentu akan menghampakan perasaan penjenayah. Lagi pun kebanyakkan masjid dan surau telah diletakkan CCTV oleh itu kerja-kerja jenayah yang dilakukan pada tabung masjid sudah tentu akan dapat dikesan dengan mudah.

Harus diingat penjenayah tidak akan selamat kerana wang diambil adalah wang orang ramai.

Namun begitu usaha harus dibuat oleh pengurusan masjid agar wang-wang tabung ini perlu digunakan demi faedah bersama dan keselesaan para jemaah dalam khariah mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dari Taiping Ke Ipoh, Perak

Jelajah Sekitar Mersing, Johor

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah