Topik Pilihan: Kolah Bagi Sebuah Masjid

Kebanyakkan masjid yang telah saya kunjungi untuk program Jelajah Masjid Dengan Fotografi terdapat binaan kolah (takungan air) untuk tujuan berwuduk. Terdapat masjid yang menyediakan kolah yang agak besar seperti di Masjid Keling, Melaka Tengah ini.
Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tanjong. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang Cina. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga).


Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.

Kolah dibina berperanan menyimpan air ketika zaman tiada air paip. Malah sehingga kini kolah masih digunakan sebagai faktor menjimat air.
Jika anda ternampak kolah di mana-mana masjdi jangan ragu-ragu untuk mengambil wuduk secara mencelup terus anggota wuduk kerana syaratnya ialah takungan air itu melebihi dua (2) kolah. Namun terdapat masjid yang menyediakan kepala paip pada kawasan kolahnya. Ada juga yang menyediakan penceduk (gayung air ) untuk digunakan ketika berwuduk.
Agak ganjil jika kawasan ini digunakan untuk mandi atau mencuci anggota badan. Tetapi ada kepercayaan yang menggunakan air di dalam kolah ini untuk tujuan perubatan. Sejauh mana benarnya dakwaan ini penulis tidak mahu mengulasnya.


Walaupun apa yang didakwa oleh orang ramai namun pembinaan kolah ini mampu menjadikan daya tarikan kepada para jemaah yang datang masjid tersebut. Selain itu air di dalam kolah ini mampu memberi keseimbangan suhu kepada sekitar masjid.

Oleh: RaaiMan
Teras Jernang, 21 Ramadan 1440 | 26 Mei 2019

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dari Taiping Ke Ipoh, Perak

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah

Jelajah Sekitar Mersing, Johor