Topik Pilihan: Beduk Dan Masjid
Menjelang Hari Raya AidilFitri lirik lagu ini pasti menjadi dendangan di corong radio atau TV: Dengar beduk berbunyi Sayup bergema di subuh sunyi Memanggil kepada muslimin Segera berbakti kepada Ilahi Suara azan mengalun Terdengar sayup memecah sunyi Memohon restu dengan bakti Kepada Ilahi Tuhan maha suci Terdengar suara takbir Muji nama Ilahi Rasa dalam kalbu Tenteram dan aman selalu Kini tiba masanya hati gembira di hari raya Bertemu sanak dan saudara Bermaaf-maafan Dengan keikhlasan Terdengar… BEDUK merupakan satu alat yang amat penting bagi masjid. Beduk jika di Kedah disebut Gendang Raya digunakan sebagai alat kemunikasi penting suatu masa dulu sebelum terdapat corong pembesar suara (speker). Beduk akan berbunyi seawal pagi Jumaat untuk memberitahu bahawa pada hari itu ada solat Jumaat di masjid. Beduk juga akan berbunyi jika berlaku kematian di kampung tersebut atau kampung bersebelahan. Begitu juga petugas masjid yang berjawatan Siak akan mengetuk Beduk setiap kal