Topik Pilihan: Masjid Di Pinggir Tanah Perkuburan

Masjid dengan tanah perkuburan tidak boleh dipisahkan. Terdapat banyak masjid yang menyediakan tanah perkuburan Islam bersebelahan. Namun kerana faktor ketidakcukupan ruang maka ada masjid yang tidak menyediakan tanah perkuburan dipinggirnya.
Pengurusan kematian telah dimudahkan oleh masyarakat. Kewujudan Khariat Kematian telah menyenangkan lagi waris. Kaedahnya ialah menyediakan kemudahan untuk memandikan jenazah, solat jenazah dan pengkebumian. Jumlah sumbangan berbeza mengikut kawasan masing-masing.
Malah terdapat masjid yang menwujudkan tabung wakaf kematian.
Proses menguruskan jenazah harus disegerakan kerana kematian sebenarnya tidak lama kerana seseorang itu akan berada di Alam Barzah untuk menerima rahmat mengikut ketentuan Allah.
Kita tidak perlu seram dengan Tanah Perkuburan (Pusara) kerana setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Maka bersedialah ke arah itu.
Masjid tempat kita mengamalkan segala ibadah terutamanya solat berjemaah, Alam Barzah adalah alam sebelum bertemu Hari Akhirat.
Bersediakah kita?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dari Taiping Ke Ipoh, Perak

Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah

Jelajah Sekitar Mersing, Johor