Susunan Makmum Ketika Solat Jemaah
Jangan biarkan ruang masjid kosong. Solat berjemaah adalah fardu kifayah boleh dilakukan di mana sahaja. Namun ia lebih afdal jika dilakukan di masjid, surau, tanah lapang. Di negara kita masjid dan surau begitu banyak telah didirikan. Setiap 3 atau 5 kilometer pasti akan ada masjid. Justeru tidak timbul masalah mencari masjid. Pahala mendirikan solat berjemaah lebih baik dari bersendirian. Malahan kawasan rehat dan rawat lebuhraya (RnR) pasti ada surau. Begitu juga jika di stesen-stesen minyak pasti akan ada surau, terutamanya yang dimilik oleh orang Islam. Oleh kerana penulisan saya tertumpu pada masjid, maka masjid adalah lebih afdal untuk didirikan solat berjemaah dan masjid juga diikhtiraf oleh jabatan agama Islam untuk mendirikan solat Jumaat. Namun ada di beberapa bandar surau diangkat menjadi lokasi solat Jumaat oleh jabatan agama Islam. Misalnya di Bandar Baru Bangi, Selangor terdapat begitu banyak surau dijadikan tempat bersolat Jumaat. Sebagai jemaa