Catatan

Topik Pilihan: Beduk Dan Masjid

Imej
Menjelang Hari Raya AidilFitri lirik lagu ini pasti menjadi dendangan di corong radio atau TV: Dengar beduk berbunyi Sayup bergema di subuh sunyi Memanggil kepada muslimin Segera berbakti kepada Ilahi Suara azan mengalun Terdengar sayup memecah sunyi Memohon restu dengan bakti Kepada Ilahi Tuhan maha suci Terdengar suara takbir Muji nama Ilahi Rasa dalam kalbu Tenteram dan aman selalu Kini tiba masanya hati gembira di hari raya Bertemu sanak dan saudara Bermaaf-maafan Dengan keikhlasan Terdengar… BEDUK merupakan satu alat yang amat penting bagi masjid. Beduk jika di Kedah disebut Gendang Raya digunakan sebagai alat kemunikasi penting suatu masa dulu sebelum terdapat corong pembesar suara (speker). Beduk akan berbunyi seawal pagi Jumaat untuk memberitahu bahawa pada hari itu ada solat Jumaat di masjid. Beduk juga akan berbunyi jika berlaku kematian di kampung tersebut atau kampung bersebelahan. Begitu juga petugas masjid yang berjawatan Siak akan mengetuk Beduk setiap kal...

Topik Pilihan: Kolah Bagi Sebuah Masjid

Imej
Kebanyakkan masjid yang telah saya kunjungi untuk program Jelajah Masjid Dengan Fotografi terdapat binaan kolah (takungan air) untuk tujuan berwuduk. Terdapat masjid yang menyediakan kolah yang agak besar seperti di Masjid Keling, Melaka Tengah ini. Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tanjong. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang Cina. Di masa masjid ini dibangunkan, kawasan sekitar masjid ini didiami oleh  penduduk daripada kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga). Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka. (sumber Wikipedia:   https://ms.wikipedia.org/wiki/Mas...

Dari Taiping Ke Ipoh, Perak

27 dan 28 April 2019-  Siri jelajah masjid saya teruskan untuk dua hari sekitar Taiping, Perak hingga ke Ipoh dengan menyusuri jalan lama sejauh 67.3 KM. Kemudian saya meneruskan perjalanan balik ke Bandar Baru Bangi, Selangor menggunakan Lebuhraya Plus. Jalan Persekutuan yang saya gunakan dari Taiping ke Ipoh merupakan laluan yang digunakan oleh pemandu suatu masa dulu sebelum wujudnya Lebuhraya Plus. Saya pernah menggunakan laluan ini pada tahun 1980 dan 1989 ketika belum ada lebuhraya.  Jalan ini tidak asing lagi bagi pemandu yang gemar menggunakan jalan lama atau ketika musim perayaan kerana lebuhraya sesak.  Saya pasti, jika musim durian di Perak laluan ini akan terdapat gerai-gerai menjual raja buah ini. Laluan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh ini masih menjadi pilihan pengguna kenderaan kerana jalannya masih cantik. menariknya jika anda yang fobia dengan jalan berlaku dan bukit yang tinggi di kawasan Terowong Menora jalan ini adalah pilihan yang baik. Ole...

Beberapa Kesukaran

25 Mac 2019- Jelajah masjid dengan fotografi ini bukanlah satu perkara mudah. Setakat hari ini saya banyak bergerak sekitar Johor kerana di sana mempunyai ramai saudara mara sebelah isteri dan saya. Justeru peluang berjalan ini dapatlah saya dan isteri menziarahi meraka.  Untuk mencari masjid bukan satu perkara yang sukar kerana kebanyakkan tempat terdapat papan tanda di tepi jalan.  Cuma, saya harus bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dalam 3 atau 5 kilometer. Masjid tidak boleh berada terlalu dekat kecuali jika tempat itu padat dengan penduduk. Misalnya masjid di Muar antara Masjid  Sultan Ibrahim  dan Masjid Sultan Ismail walaupun nampak dekat tetapi saya harus menyeberang Sungai Muar dengan naik jambatan. Oleh itu tetap memakan masa dan tenaga.

Jelajah Sekitar Mersing, Johor

24 Mac 2019  | Syukur Alhamdulillah saya telah selamat sampai rumah jam 3.45 pagi tadi setelah memandu dari jam 12 tengahari dari Tanjung Resang. Singgah di beberapa lokasi termasuk rumah kakak (kali kedua. Kali pertama pada 23 Mac) yang sudah berusia lebih 75 tahun. Seperti biasa ketika nak berpisah air matanya akan menitis, maklumlah usia kita Allah tentukan! Setelah tidur dalam kereta di RnR, setelah makan  dan minum di RnR makan saya tahu  Acik Mah  pun letih dan rakan kami Cik Alza pun letih sepanjang ratusan kilometer dia adalah pengiring yang setia 🤗 Misi saya untuk memberitahu bahawa masjid itu penting dalam kehidupan kita sebagai umat Islam. Banyak masjid yang meriah dengan jemaahnya. Ada masjid yang kurang terurus. Ada masjid yang ditutup pintu pagar mungkin kerana faktor keselamatan. Ada pegawai masjid yang melayan dengan mesra.   Izinkan saya berehat untuk seketika, misi jelajah masjid bersama fotografi akan diteruskan. Andai usia sa...